.::KHaLiFaTuLLaH::.
.::Let MuSic HeaL Ur SoUL.::


.::UkHWaHFiLLaH::.
.::U R ViSiToR No::.
paste html code
.::PeRciNTaaN LaNGiT&LauT::.
Monday, May 12, 2008


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran....hehehe..

posted by AL_SYAHADAH @ 8:08 PM   6 comments
ReMemBeR ThE DeSTRoYeR OF PLeAsUreS DeATH
Sunday, May 4, 2008


In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.....
Did you ever stop for a while and asked yourself ..What is going to happen to me the first night in my grave?What have I prepared for death? Will I be in heaven or Hell fire? How often do I remember death?Think about The moment your body is being washed and prepared to enter your grave...Think about the day people will be carrying you to your grave .. And your families crying..Think about the moment you are put in your grave..JUST IMAGINE..
imagine yourself in your GRAVE..Down there in that dark hole ..ALONE ..it's too DARK ..You CRY for HELP..But there is NO ANSWER ..Nobody can help you ..it's too NARROW..Your bones are SQUASHED ..You regret all the bad things you've done during your life .. you regretmissing the 5 PRAYERS you regret listening to music ...You regret your disrespectful manners towards everyone, especially your parents ..you regret..not wearing your hijab..You regret ignoring the orders of ALLAH.. YOU REGRET IGNORING THE KNOWLDGE OF ISLAM ..YOU REGRET..ALL THE BAD THINGS YOU'VE DONE,
THERE IS NO ESCAPE ..YOU WILL FACE YOUR PUNISHMENT FOR EVERY LITTLE THING YOU'VE DONE .. You are ALONE in your grave only with your DEEDS ...no money, no jewelries, nothing ..ONLY YOUR DEEDS..AND WHEN IT IS SHUT,YOU FEEL LIKE SCREEMING...AND TELLING EVERYONE NOT TO GO .. TO STAY BESIDE YOUR GRAVE BUT..YOU CAN'T BE HEARD ..THEY LEAVE YOU..AND GO AND YOU HEAR THEIR FOOTSTEPS ..AND HEAR THEM CRYING THEY WALK AWAY .. AND THEN TOTAL SILENCE YOU THOUGHT
YOU WOULD LAST FOREVER IN THIS WORLD YOU THOUGHT YOU WILL STAYWITH YOUR FRIENDS AND FAMILIES FOREVER ..YOU THOUGHT YOU WILL HAVE FUN FOREVER ..NO YOU WERE WRONG!!!THEY LEFT YOU ALONE... JUST SPEND FEW MINUTES..AND LOOK AT YOUR FUTURE HOMES .. AND SPEND THE WHOLE OF YOUR LIFE PREPARING FOR THEM ..
YOU CANNOT AFFORD TO IGNORE THIS,YOU NEED TO REMEMBER THIS EVERY MINUTE, EVERY HOUR, EVERY DAY.. EVERYTIME YOU ARE ABOUT TO COMMIT A SIN, REMEMBER THE DESTROYER OF PLEASURES: DEATH
posted by AL_SYAHADAH @ 8:55 PM   0 comments
AL QuRaN KeKaSIH SeTiA......
Wednesday, April 16, 2008


Dari Suara Hati Inginku Berbicara Kata Hikmah Penuh Nasihat Buat Diriku Yang Terutama.. Agar Bisa Nasihat Turut diteguk Bersama Rakan dan Taulan.. Semoga Dari Itu Kenallah Kita Siapa Kita... dan Moga-moga Terbangkitlah Rasa Untuk Membersihkan Jiwa atas Landasan Sunnah Nabawi...
Saper yg xpena dkecewakan?sume org pena..sy..awk..dia..as long kta mash bergelar manusia..slagi tu r ..kta akn d hmpit perasaan kecewa..palng truk d kecewakn sorng yg bergelar kekash..truk ke?ahaks..tepuk dada tnya selera..mungkin..dalam keasyikan bercnta..kta terlupa 1 pkra..and meh sy nak ingatkan..dah tugas kta utk saling mgingatkn..mgingatkan ttg pa? manusia ni..kalu nak ckp2 ttg pkra2 kecik..xnk amik tahu...direct 2 da point..sy nak ingatkan ttg sebelum masa keranda di usung selimut putih pembalut badan...sy xnk kata u all pikiaq r sndri..tp sy nak kata..kta pikiaq r sesama..sbb sya jg musafir yg x lari dari melakukan dosa2...ya rabb!kta bleh menangis bla dtangalkan kekash..bila kta merindui kekash..tp kenapa kta x mudah menangis utk para rasul-Nya..utk ulama2,cara merka memperjuangkan agama islam sprt mana yg kta pegang skang..jgn hanya islam pada status agama..tp kafir pada hakikatnya...insaflah diri..Jgn kita mengangkat AL-Quran hnya swaktu pd alam perkhwinan tp biarkan berhabuk dalm almari swaktu xdak mgunakn nya..sy doakan anda sumer dikurniakan seorg yg bleh janjikan taman firdausi bukan keduniaan..and moga hdup anda sumer di sinari nur kasih..doakn sy skali yer..selamat utk anda and sayer (*_*)Wallahualam ...

Al-Quran Kekasih Istimewa

Al-Quran itu KeKasih…
---------------------
Al- Quran itu seumpama kekasih.Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian.

Ternyata,apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan! Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Quran, kalam Allah Yang Maha Agung.

1. Kekasih yang terlalu istimewa
-----------------------------
Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan?

Berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya. Allah berfirman ;
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'.
Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia" ( Surah Ar-Rad:28 )

Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah dengan memperbanyak zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan sebagai firman-Nya dalam surah az-Zumar, ayat 23:

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandugannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang keterangannya, dengan pelbagai cara);yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya);dan(ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya".

2. Kekasih yang perlu dimuliakan
-----------------------------
Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya. Firman Allah bermaksud ;

"Dan ini sebuah kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertakwalah (kepada Allah),
mudah-mudahan kamu beroleh rahmat." ( Surah Al-An'am :155 )

Malah Allah juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan al-Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri, sebagaimana ingatan Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204, maksudnya:

"Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat".


3. Kekasih yang setia
------------------
Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran.Lalu apakah ukurannya? Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan. Maksud firman Allah :

"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala pekara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh". (Surah Ali Imran, ayat 113-114)

Malah at-Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a daripada Rasulullah s.a.w, sabda baginda ;
"Kemuliaan seorang Mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)."

Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran. Sabda Baginda:

"Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil." (Riwayat Abu Daud)

4. Kekasih yang perlu dibelai sentiasa
------------------------------------
Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya. Dari itu, Rasulullah s.a.w sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga al-Quran dan tidak melupakannya.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah bersabda:
"Di bentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku
tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan "kegilaan" orang lain membaca Kalamullah itu.

Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan
seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam".

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai 'ghitbah' yang dimaksudkan sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama al-Quran.

Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?
(crdt tazkirah berantai)
posted by AL_SYAHADAH @ 6:23 AM   2 comments
.::LeT's STaRt UkHwAH::.

.::(*_*)LinK Me(*_*)::.




ctrl+c
.::Previous Post::.
.::Archives::.
.::Links Fav::.
.::BaNneR TeMen::.
© þêðþlê §êê mê å §trðñg,håþþ¥, & Blê§§êÐ þêr§ðñ, Bµt BêhïñÐ m¥ §mïlê§..ThEy JuSt Ððñt kñðw hðw mµ¢h Ìm ïñ þåïñ åñÐ ålmð§t..... BRÖKÈñ. <<-(º_*) ĨņňåđƋǃɲā ÎŋđąĽĹăąĦĩĽ ǏƧʟǻɱ (º_*)->>